Mukaddimah

NamaMu yang Indah

Monday 11 July 2011

JALINAN KASIH SESAMA MANUSIA


Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda yg brmksud ;
“Sesungguhnya Allah berfirman pda Hari Kiamat”
Allah :
Wahai manusia, Aku sakit tapi kamu tidak menjengukKu 
Manusia :
Bagaimana aku dapat menjengukMu sedangkan Engkau Tuhan semesta alam?
Allah :
Taukah kamu bahawa hambaKu, polan bin polan sakit tapi kamu tidak menjenguknya. Padahal seandainya kamu menjenguknya, nescaya kamu mendapatiKu di sisinya. Wahai manusia, Aku minta makan kepadamu tapi kamu tidak mmberi makan kpdaKu
Manusia :
Bagaimana aku boleh mmberi makan kpdaMu sedangkan Engkau Tuhan smesta alam?
Allah :
Tidakkah kamu tahu bhawa hambaKu, polan bin polan meminta makan kpadamu, tapi kamu tidak mmberi makan kpdanya. Tahukah kmu, sekiranya kamu mmberi mkn kpdanya, nscaya kamu mndapat pahala di sisiKu. Wahai manusia, Aku meminta minum drpadamu tapi kamu tidak memberi minum kepadaKu
Manusia :
Bagaimana aku boleh mmberi minum kpdaMu sedangkan Engkau Tuhan semesta alam?
Allah :
Tahukah kamu bahawa hambaKu ,polan bin polan meminta minum dripadamu tapi kamu tidak mmberinya minuman. Padahal seandainya kamu mmberi minum kpdanya, nescaya kamu mndapati pahala di sisiKu. (Riwayat Muslim)


I
ndahnya
 slam dalam mendidik tingkah zahir dan jiwa batin agar unggul dengan sifat mahmudah.
Mengajak agar berbuat baik sesama manusia serta makhluk Allah, Tuhan Semesta Alam..Tidak lengkap seseorang muslim itu andai dia hanya berhubungan baik dengan Allah yang Esa..,Namun bertingkah buruk, bertikam lidah, bertegang leher sesama manusia, lagi lagi saudara seagamanya..
Kekasih Allah, Muhammad bin Abdullah menyeru kita supaya sentiasa ziarah-menziarahi, berbuat ehsan, menabur budi dan tingkah yang baik lagi mesra sesama jiran tetangga sepertimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dari Abu Hurairah.
Pernah ada seorang lelaki datang menemui Rasulullah SAW lalu berkata;
“Wahai Rasulullah SAW, tunjukkanlah kepadaku suatu amalan yang apabila aku mengerjakannya akan memasukkan aku ke dalam syurga.”
Baginda pun berkata, “Jadilah engkau orang yang muhsin (selalu berbuat baik).”
Dia bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana saya mengetahui bahawa saya adalah orang muhsin?”
Lantas baginda menjawab, “Tanyalah tetanggamu, jika mereka mengatakan kamu adalah orang yang baik, maka kamu adalah orang yang baik; sebaliknya jika mereka mengatakan engkau adalah orang yang jelek, maka engkau adalah oran yang jelek.”
Allah SWT turut berfirman dalam surah An-Nisa (4):36 yang berbunyi ;
“Allah tidak menyukai orang2 yang sombong dan membangga-banggakan diri”
Justeru, didiklah jiwa kita untuk menyayangi dan saling mengasihi sesama hamba Allah..
Rajin2kanlah diri menziarahi rakan2 dan jiran tetangga, terutamanya apabila mereka berada dlm kesusahan serta memerlukan prihatin dan bantuan kita. Jadilah tangan yang berada di atas untuk memberi, bukannya di bawah untuk menerima. Bersedekahlah selagi mampu, kerana sedekah itu jalan ibadah paling mudah untuk mendapat pahala di sisiNya. 
Membantulah kerana Allah. Menghulurlah kerana Allah.
InsyaAllah, al-Khaliq pasti berikan pulangan amal baik itu di Akhirat kelak.
HablumminAllah ~~ Hablumminannas
Sama2 kita mantapkan kedua-duanya, InsyaAllah.. :)

Monday 4 July 2011

LURUSKAN LIDAHMU….

Perbualan seperti di atas bukanla sesuatu yang pelik didengari..
Malah, sudah menjadi lumrah..kalau bukan dari kenalan, mungkin dari meja sebelah ketika kita sedang enak ‘lunch’ atau ‘dinner’ di sebuah restoren.
Namun,apa yang perlu dihiraukan dengan perbualan seperti itu?
Nah, perlakuan inilah yang dikatakan mengumpat atau dalam erti kata lain, ghibah iaitu menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.
Rasullah SAW menjelaskan...
"Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya"(HR Muslim)

Tidak dapat dinafikan bahawa penyakit ghibah ini amat sukar untuk dihindarkan apatah lagi dihapuskan seandainya telah sebati menjadi sebahagian daripada sifat masyarakat kita sehingga menjadi tabiat yang sukar untuk dikikis.
Oleh sebab telah menjadi kebiasaan, mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuklah apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya..

BUKAN SAHAJA AKHOWAT,TETAPI IKHWAN JUGA…

Ghibah sering kali dikaitkan atau disinonimkan dengan akhowat atau kaum perempuan yang sifatnya suka mengambil tahu dan berkongsi cerita Namun begitu, ikhwan atau kaum lelaki juga tidak terkecuali, malah mungkin lebih hebat penyakit ghibah antara mereka. Penyakit ghibah juga melanda akhowat dan ikhwan baya kita yang masih dalam pengajian. Kalau sedang berkumpul, membuat majlis bersama,maka perbualan pun segera dimulai..
Pada awalnya, perbualan berkisarkan perkara-perkara biasa seperti pelajaran, aktiviti harian, ibadah…namun……masuk sahaja minit ke-5, muncul satu suara…

‘eh…anta ade dengar khabarnya akhi C tak?Dia sekarang sudah bertunang..dengan ustazah..

Seringkali hal-hal berkaitan peribadi dan sulitlah yang gemar dijadikan topik utama ghibah. Setinggi mana ilmu kita, sehebat mana pelajaran kita, serajin mana kita mengaji dan ke masjid, tetapi wujudnya penyakit ghibah ini telah mencelar segala kebaikan dan pahala ibadah kita. Kesalahan atau dosa mengumpat yang biasa dilakukan telah sebati menjadi tabiat yang cukup sukar ditinggalkan.

Mungkin ada antara kita yang pada awalnya berniat ingin islah iaitu bercerita untuk kebaikan bersama, namun,walaupun yang diperbualkan itu perkara benar sekalipun, hadirnya syaitan si penghasut, mula memesongkan niat islah itu kepada mencela saudara seiman. Kita cenderung membicarakan keburukan seseorang itu dengan penuh semangat kebencian, sehingga membuka keaiban mereka tanpa menyedari kelemahan diri sendiri yang mungkin tidak terhitung.
Akibatnya, pahala islah yang dikejar tercicir,dosa ghibah pula yang dikendung. Nauzubillah…

Islam memandang perlakuan mengumpat sebagai perlakuan yang sangat buruk dan hina, sehingga menyamakan sikap tercela ini ibarat memakan daging saudara sendiri yang telah meninggal dunia..
Firman Allah SWT,
Hai Orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka(kecurigaan), kerana sebahagian dari prasangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mencela satu sama lain. Adakah seorang antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.(Alhujurat 49 : 12)
Sempena Isra’Mi’raj minggu lalu juga bertepatan dengan ghibah yang diselami kali ini, Rasulullah SAW sempat melihat sesuatu keadaan yang mengerikan dalam perjalanan baginda,
“Aku diperlihatkan orang yang mencakar-cakar mukanya sendiri dengan kuku-kuku tajam mereka”
Lantas Rasulullah SAW bertanya kepada Malaikat Jibril, “Wahai Jibril siapakah mereka itu?”
“Mereka adalah yang mencela orang lain dan membuka aib kehormatan dirinya”


LALU BAGAIMANA??

Pilihlah Perkataan Yang Baik-Baik
Lebih baik kita berdiam diri daripada berbual perkara yang tidak membawa apa-apa manfaat,lagha dan sia-sia. tidak perlu nak tambah perbualan orang, mahupun mengurangi sesuatu yang semenangnya benar. ingatlah, Tutur bicara yang baik, mencerminkan peribadi dan akhlak yang baik.

Jauhi Si Pengumpat & Si Pemula Ghibah
Jauhi pengumpat tidak bermaksud kita memutuskan langsung hubungan dengan mereka, tetapi kita bertindak mengelak ketika mereka berbual ghibah kerana orang yang mendengar juga menanggung dosa si pengumpat. Lagi molek, kalau kita cuba mengalihkan perbualan tersebut dengan topik lain yang lebih bermanfaat.

Perkuat Nasihat & Zikir
Bukan semua orang boleh menerima nasihat,silap langkah, ikatan persahabatan boleh terlerai. Seandainya tidak mampu, memadaila dengan mengingatkan mereka yang suka mengumpat akan dosa ghibah dengan kata yang baik dan lembut. Tidak perlulah meninggikan suara sehingga membawa kepada pertelingkahan kerana tindakan ini mengharapkan keredhaanNya. Zikir merupakan kekuatan kita sebagai umat Islam kerana mampu memberi ketenangan dan mendekatkan diri dengan Allah SWT, seterusnya membendung dari sikap ghibah.
Justeru, basahi bibir, getarkan hati dengan Zikrullah

Rasulullah SAW bersabda,
“Berhati hatilah kalian terhadap prasangka, kerana prasangka itu perkataan yang paling dusta" HR. Bukhari Muslim)

Ya saudara seagama seimanku, sebagaimana Rasulullah SAW mencegah kita daripada berprasangka atau bersangka buruk, jauhilah ghibah yang haram hukumnya.
Sesungguhnya ghibah itu penyakit mereka yang hatinya tidak pernah tenang, hidupnya tidak pernah bersyukur, pergaulannya sombong, kata-katanya berunsur kedengkian dan iri hati yang akhirnya membawa kepada fitnah serta perpecahan dan perbalahan dalam masyarakat dan agama.

Thursday 30 June 2011

ISTIMEWANYA MENJADI WANITA

ISTIMEWANYA MENJADI WANITA
Istimewanya wanita sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita. Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita. Betapa bertuahnya menjadi wanita. Syukur kepada ilahi........

1.      Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda "ibu lebih penyayang daripadabapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia"

2.      Wanita yang solehah ( baik ) itu lebih baik daripada 1000 orang lelaki yang soleh

3.      Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali

4.      Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh

5.      Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

6.      Barangsiapa yang membawa hadiah ( barang makanan dari pasar ke rumah ) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Dan hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka, barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak nabi ismail a.s.

7.      Tidaklah seorang wanita yang haid itu,kecuali haidnya merupan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidnya membaca "alhamdulillah kulli halin wa astaghfirullah" yang bermaksud "segala puji bagi Allah alam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa". Maka, Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui silatul mustaqim, aman dari seksaan, bahkan Allah mengangkatnya ke atas darjat seperti 40 orang mati syahid apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidnya.


8.      Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama rasulullah s.a.w. di dalam syurga.

9.      Barangsiapa yang mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan denga mereka dan mendidik dengan penuh rasa taqwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah
syurga.

10.  Daripada aisyah r.ha. "barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka"

11.  Syurga itu di bawah tapak kaki ibu

12.  Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

13.  Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

14.  Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredainya ( serta menjaga solat dan puasanya ).

15.  Aisyah r.ha. Berkata "aku bertanya kepada rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" jawab baginda, "suaminya" "siapa pula berhak terhadap lelaki ?" jawab rasulullah s.a.w. "ibunya".

16.  Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan ( ramadhan ), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

17.  Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya ( 10,000 )

18.  Apabila seseorang perempua mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat utuknya. Allah s.w.t mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

19.  Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

20.  Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada siang hari.

21.  Wanita yang hamil akan mendapat beribadat pada malam hari.

22.  Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

23.  Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah mengurniakan satu pahala haji.

24.  Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

25.  Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya ( susu badan ) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikanya.

26.  Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh ( 2 ½ tahun ), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

27.  Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

28.  Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang menangis, Allah akan memberikan pahala satu tahun solat dan puasa.

29.  Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya. Dan bila dihiburkan hati anaknya, Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

30.  Apabila seseorang wanita mencuci pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatnya seribu darjat.

31.  Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibuka baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari mana saja tanpa dihisab.

32.  Mana-mana wanita yang menunggu suaminya sehingga pulang, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suami sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari kiamat kelak, Allah kurniakan nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorangpun yang sampai ke martabat itu melainkan nabi-nabi.

33.  Tidakkah putus ganjaran dari Allah kepada seseorang apabila isterinya yang siang dan malamnya mengembiraka suaminya.

34.  Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.

35.  Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

36.  Wanita yang melayan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

37.  Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

38.  Dari hazrat muaz "mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka"

39.  Thabit al banani berkata "seorang wanita dari bani israel yang buta sebelah mata sangat baik khidmatnya kepada suami. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suami, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keramat ( kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya ).

40.  Pada suatu ketika di madinah, rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "adakah kamu menyembahyangkan mayat ?" jawab mereka, "tidak" sabda baginda "seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu.tetapi tingAllah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.