Mukaddimah

NamaMu yang Indah

Monday 4 July 2011

LURUSKAN LIDAHMU….

Perbualan seperti di atas bukanla sesuatu yang pelik didengari..
Malah, sudah menjadi lumrah..kalau bukan dari kenalan, mungkin dari meja sebelah ketika kita sedang enak ‘lunch’ atau ‘dinner’ di sebuah restoren.
Namun,apa yang perlu dihiraukan dengan perbualan seperti itu?
Nah, perlakuan inilah yang dikatakan mengumpat atau dalam erti kata lain, ghibah iaitu menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.
Rasullah SAW menjelaskan...
"Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya"(HR Muslim)

Tidak dapat dinafikan bahawa penyakit ghibah ini amat sukar untuk dihindarkan apatah lagi dihapuskan seandainya telah sebati menjadi sebahagian daripada sifat masyarakat kita sehingga menjadi tabiat yang sukar untuk dikikis.
Oleh sebab telah menjadi kebiasaan, mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuklah apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya..

BUKAN SAHAJA AKHOWAT,TETAPI IKHWAN JUGA…

Ghibah sering kali dikaitkan atau disinonimkan dengan akhowat atau kaum perempuan yang sifatnya suka mengambil tahu dan berkongsi cerita Namun begitu, ikhwan atau kaum lelaki juga tidak terkecuali, malah mungkin lebih hebat penyakit ghibah antara mereka. Penyakit ghibah juga melanda akhowat dan ikhwan baya kita yang masih dalam pengajian. Kalau sedang berkumpul, membuat majlis bersama,maka perbualan pun segera dimulai..
Pada awalnya, perbualan berkisarkan perkara-perkara biasa seperti pelajaran, aktiviti harian, ibadah…namun……masuk sahaja minit ke-5, muncul satu suara…

‘eh…anta ade dengar khabarnya akhi C tak?Dia sekarang sudah bertunang..dengan ustazah..

Seringkali hal-hal berkaitan peribadi dan sulitlah yang gemar dijadikan topik utama ghibah. Setinggi mana ilmu kita, sehebat mana pelajaran kita, serajin mana kita mengaji dan ke masjid, tetapi wujudnya penyakit ghibah ini telah mencelar segala kebaikan dan pahala ibadah kita. Kesalahan atau dosa mengumpat yang biasa dilakukan telah sebati menjadi tabiat yang cukup sukar ditinggalkan.

Mungkin ada antara kita yang pada awalnya berniat ingin islah iaitu bercerita untuk kebaikan bersama, namun,walaupun yang diperbualkan itu perkara benar sekalipun, hadirnya syaitan si penghasut, mula memesongkan niat islah itu kepada mencela saudara seiman. Kita cenderung membicarakan keburukan seseorang itu dengan penuh semangat kebencian, sehingga membuka keaiban mereka tanpa menyedari kelemahan diri sendiri yang mungkin tidak terhitung.
Akibatnya, pahala islah yang dikejar tercicir,dosa ghibah pula yang dikendung. Nauzubillah…

Islam memandang perlakuan mengumpat sebagai perlakuan yang sangat buruk dan hina, sehingga menyamakan sikap tercela ini ibarat memakan daging saudara sendiri yang telah meninggal dunia..
Firman Allah SWT,
Hai Orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka(kecurigaan), kerana sebahagian dari prasangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mencela satu sama lain. Adakah seorang antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.(Alhujurat 49 : 12)
Sempena Isra’Mi’raj minggu lalu juga bertepatan dengan ghibah yang diselami kali ini, Rasulullah SAW sempat melihat sesuatu keadaan yang mengerikan dalam perjalanan baginda,
“Aku diperlihatkan orang yang mencakar-cakar mukanya sendiri dengan kuku-kuku tajam mereka”
Lantas Rasulullah SAW bertanya kepada Malaikat Jibril, “Wahai Jibril siapakah mereka itu?”
“Mereka adalah yang mencela orang lain dan membuka aib kehormatan dirinya”


LALU BAGAIMANA??

Pilihlah Perkataan Yang Baik-Baik
Lebih baik kita berdiam diri daripada berbual perkara yang tidak membawa apa-apa manfaat,lagha dan sia-sia. tidak perlu nak tambah perbualan orang, mahupun mengurangi sesuatu yang semenangnya benar. ingatlah, Tutur bicara yang baik, mencerminkan peribadi dan akhlak yang baik.

Jauhi Si Pengumpat & Si Pemula Ghibah
Jauhi pengumpat tidak bermaksud kita memutuskan langsung hubungan dengan mereka, tetapi kita bertindak mengelak ketika mereka berbual ghibah kerana orang yang mendengar juga menanggung dosa si pengumpat. Lagi molek, kalau kita cuba mengalihkan perbualan tersebut dengan topik lain yang lebih bermanfaat.

Perkuat Nasihat & Zikir
Bukan semua orang boleh menerima nasihat,silap langkah, ikatan persahabatan boleh terlerai. Seandainya tidak mampu, memadaila dengan mengingatkan mereka yang suka mengumpat akan dosa ghibah dengan kata yang baik dan lembut. Tidak perlulah meninggikan suara sehingga membawa kepada pertelingkahan kerana tindakan ini mengharapkan keredhaanNya. Zikir merupakan kekuatan kita sebagai umat Islam kerana mampu memberi ketenangan dan mendekatkan diri dengan Allah SWT, seterusnya membendung dari sikap ghibah.
Justeru, basahi bibir, getarkan hati dengan Zikrullah

Rasulullah SAW bersabda,
“Berhati hatilah kalian terhadap prasangka, kerana prasangka itu perkataan yang paling dusta" HR. Bukhari Muslim)

Ya saudara seagama seimanku, sebagaimana Rasulullah SAW mencegah kita daripada berprasangka atau bersangka buruk, jauhilah ghibah yang haram hukumnya.
Sesungguhnya ghibah itu penyakit mereka yang hatinya tidak pernah tenang, hidupnya tidak pernah bersyukur, pergaulannya sombong, kata-katanya berunsur kedengkian dan iri hati yang akhirnya membawa kepada fitnah serta perpecahan dan perbalahan dalam masyarakat dan agama.

No comments:

Post a Comment